Tujuh ditahan terlibat sindiket pecah rumah, pejabat

Noorzainy (tengah) menunjukkan peralatan pertukangan yang dirampas ketika serbuan di rumah suspek di Kampung Perlis, Butterworth pada Khamis lalu.
Noorzainy (tengah) menunjukkan peralatan pertukangan yang dirampas ketika serbuan di rumah suspek di Kampung Perlis, Butterworth pada Khamis lalu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Tujuh lelaki termasuk seorang bekas banduan yang baharu enam bulan keluar daripada penjara ditangkap kerana dipercayai terlibat dengan sindiket pecah rumah dan pejabat tapak pembinaan di sekitar Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tujuh lelaki berkenaan berusia diantara 21 hinggga 49 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Perlis, Butterworth dan Mak Mandin pada Khamis lalu.

Menurutnya, tangkapan dilakukan menerusi Ops Pintu bermula jam 10 pagi itu dibuat ke atas rumah bekas banduan yang merupakan pengedar dadah dan juga pembeli kepada barang-barang hasil curi.

"Dalam serbuan itu kita menahan lima lelaki sebelum menjumpai pelbagai peralatan pertukangan seperti mesin penebuk, gergaji elektrik, mesin penyembur air, mesin pemotong rumpat serta peralatan lain.

"Turut ditemui tujuh ekor burung bernilai tinggi selain sejumlah dadah jenis heroin dan syabu di rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Tujuh ekor burung bernilai tinggi turut ditemui di rumah suspek.
Tujuh ekor burung bernilai tinggi turut ditemui di rumah suspek.

Noorzainy berkata, kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM20,000.

Beliau berkata, susulan daripada serbuan itu pihaknya menyerbu sebuah lagi rumah di Mak Mandin dan menahan dua lelaki yang berperanan dalam melakukan aktiviti pecah rumah serta pejabat sebelum menukar barangan curi itu dengan dadah daripada bekas banduan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Katanya, soal siasat yang dilakukan kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan lima kes pecah rumah di sekitar Butterworth dan Mak Mandin termasuk dua kes yang dilaporkan pada awal bulan ini.

"Siasatan juga mendapati empat suspek yang ditangkap di rumah bekas banduan terbabit adalah orang bawahannya yang membantu menjual bekalan dadah.

"Kesemua suspek memiliki rekod lampau termasuk kesalahan jenayah dan dadah kini direman selama tujuh hari sehingga 22 April depan.

"Selain disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri mereka turut disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah,"katanya.