Warga emas ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak

Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki di Saujana Puchong pada Jumaat. - Foto 123RF, gambar kecil: Abd Khalid Othman
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki di Saujana Puchong pada Jumaat. - Foto 123RF, gambar kecil: Abd Khalid Othman
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Saujana Puchong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya telah menahan wanita berusia 63 tahun itu pada jam 4.40 petang Sabtu.

"Wanita itu kemudiannya telah diberi jamin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Abd Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor yang bertugas di Hospital Putrajaya yang memaklumkan ibu bapa mangsa mendakwa anaknya telah disiram dengan air panas oleh pengasuhnya.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kemerahan, luka di atas lengan tangan kanan.

"Mangsa dalam keadaan stabil dan tiada kesan luka yang lain. Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Artikel Berkaitan: