Lelaki ugut, cekik pekerja kedai direman empat hari

Video tular berdurasi lebih satu minit di media sosial pada Ahad.
Video tular berdurasi lebih satu minit di media sosial pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 50 tahun direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes mengugut dan mencekik pekerja kedai di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Nur Haryatie Mohd Saini di sini.

"Suspek yang ditahan di Senawang pada jam 10 malam Ahad turut dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),"katanya dalam satu kenyataan disini pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis

Pada Ahad, tular sebuah video berdurasi lebih satu minit di media sosial yang memaparkan seorang individu yang berang kerana ditegur tidak memakai pelitup muka lalu bertindak mencekik seorang lelaki di sebuah kedai.

Artikel Berkaitan: