177,840 lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba minggu ini

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terima sebanyak 177,840 lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech melalui tiga penghantaran pada Rabu, Khamis dan Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bekalan tambahan pertama dijadualkan tiba pada Rabu ini membabitkan sejumlah 128,700 dos, diikuti 36,270 dos (Khamis) dan 12,870 dos (Jumaat).

Sementara itu, Khairy berkata, penggunaan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca akan dibincangkan dalam mesyuarat Khamis ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: