X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak tujuh tahun maut ditembak

Kanak-kanak malang itu dan bapanya berada di dalam kereta ketika dua orang keluar dari sebuah lagi kenderaan dan melepaskan tembakan.
A
A

MOSCOW - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di kejiranan Homan Square, Chicago, lapor Agensi Berita Sputnik.

Akhbar harian Chicago Sun-Times melaporkan, memetik polis Chicago, kejadian berlaku kira-kira 4.20 petang waktu tempatan pada Ahad di kawasan tempat letak kereta pandu lalu McDonald di blok 3200 West Roosevelt Road.

Kanak-kanak malang itu dan bapanya berada di dalam kereta ketika dua orang keluar dari sebuah lagi kenderaan dan melepaskan tembakan.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Stroger dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, kata polis.

Bapa kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Motif kejadian masih disiasat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!