X

Kindly register in order to view this article
!

Tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap laris walaupun PKP

Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan untuk juadah berbuka puasa meskipun tujuh daerah di negeri ini sedang menjalani PKP.
A
A

KOTA BHARU - Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap laris dan menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan juadah berbuka puasa meskipun tujuh daerah di negeri ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19.

Peniaga, Mohamad Omar, 63, berkata, situasi itu menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Setiap hari, saya memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk memenuhi permintaan terhadap tiga jenis kuih tradisional Che Siti Wan Kembang ini," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tikat, di sini pada Isnin.

Menurutnya, meskipun PKP sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan namun jualan makanan itu tetap laris seperti tahun lalu.

Mohamad masih lagi mengekalkan harga lama iaitu serendah RM5 bagi tahi itik dan buah tanjung, RM11 untuk jala emas.
Mohamad masih lagi mengekalkan harga lama iaitu serendah RM5 bagi tahi itik dan buah tanjung, RM11 untuk jala emas.

Dia berkata, kebanyakan pelanggan datang dari seluruh negeri tetapi disebabkan tidak dapat merentas daerah ramai yang bertindak menjadi ejen dengan mengambil tempahan.

Mohamad berkata, untuk Ramadan kali ini seramai 13 pekerja diperlukan untuk menyiapkan tiga hidangan tersebut bermula selepas Subuh sehinggalah jam 2 petang.

Katanya, urus niaga yang dilakukan di hadapan rumahnya itu bermula seawal jam 8 pagi sehingga 3 petang.

"Saya sudah 15 tahun menjalankan perniagaan ini dan ia merupakan resepi istimewa arwah isteri, Nik Fatimah Nik Salleh yang sudah meninggal empat tahun lalu.

"Sebelum ini tahi itik, jala emas dan buah tanjung dijual sehingga ke Terengganu dan ada diterbangkan sehingga ke Brunei," katanya.

Mohamad tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan setiap kali Ramadan.
Mohamad tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan setiap kali Ramadan.

Mohamad berkata, bagaimanapun sejak negara dilanda Covid-19 ia hanya dijual di sekitar Kelantan.

Menurutnya, dia masih lagi mengekalkan harga lama iaitu serendah RM5 bagi tahi itik dan buah tanjung manakala RM11 untuk jala emas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!