Warga emas ditahan ponteng puasa

JAIPk menahan warga emas yang tidak sempat melarikan diri dalam Op Plastik Hitam di Teluk Intan. Foto: ihsan FB JAIPk
JAIPk menahan warga emas yang tidak sempat melarikan diri dalam Op Plastik Hitam di Teluk Intan. Foto: ihsan FB JAIPk
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki warga emas yang sedang duduk dalam sebuah warung bukan Islam ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, lelaki berusia 63 tahun itu memberi alasan yang dia baru saja duduk dan belum makan lagi.

Menurut Mohd Yusop, pegawai penguat kuasa kemudian memberi amaran keras dan nasihat selain mengambil maklumat diri warga emas itu.

"Ketika serbuan terdapat beberapa lelaki Melayu dalam kalangan warga emas di warung terbabit. Kesemua mereka bertempiaran lari sebaik melihat pegawai penguat kuasa dan hanya lelaki tersebut yang ditahan," katanya.

Selain itu katanya, operasi di Langkap mendapati ada individu yang ponteng puasa tetapi melarikan diri dengan meninggalkan makanan dan minuman di atas meja.

Katanya, Op Plastik Hitam yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan kedai Islam dan bukan Islam di sekitar daerah Hilir Perak.

Warga emas berusia 63 tahun diberi amaran selepas cuba ponteng puasa dengan makan di warung bukan Islam di Teluk Intan. Foto: ihsan FB JAIPk.
Warga emas berusia 63 tahun diberi amaran selepas cuba ponteng puasa dengan makan di warung bukan Islam di Teluk Intan. Foto: ihsan FB JAIPk.

Artikel Berkaitan: