Harimau Malaya terima vaksin

Pemain Harimau Malaya mendengar taklimat sebelum memasuki Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya sebentar tadi.
Pemain Harimau Malaya mendengar taklimat sebelum memasuki Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya sebentar tadi.
A
A
A

BARISAN pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya telah menerima vaksin Covid-19 di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya pada jam 10.30 pagi tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai pasukan Harimau Malaya menerima suntikan vaksin tersebut disusuli pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd Razak.

Beberapa pemain lain seperti pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula juga turut kelihatan di pusat pemberian vaksin ini.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bahrain pertengahan bulan depan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Artikel Berkaitan: