Tawaran menarik dan eksklusif di Go Shop sempena Syawal ini

Kempen raya Go Shop 2021 diadakan bermula 19 April hingga 19 Mei 2021.
Kempen raya Go Shop 2021 diadakan bermula 19 April hingga 19 Mei 2021.
A
A
A

BIARPUN penganjuran bazar Ramadan dan raya pada tahun ini dibenarkan, namun ia tidak menghalang peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia, Go Shop menawarkan tawaran eksklusif untuk pelanggannya.

Kempen raya Go Shop kembali dengan ‘Raya Lebih Bererti Bersama Go Shop’ bermula 19 April ini sehingga 19 Mei 2021 dengan menampilkan pelbagai tawaran ekslusif seperti pemberian duit raya bernilai RM200 dan diskaun istimewa sehingga 50 peratus.

Pengacara Go Shop, Raianna A Rahman berkata, untuk menikmati pelbagai potongan harga apabila berbelanja di Go Shop, duit raya akan diberikan dalam bentuk kod promo yang sedia ada di akaun pelanggan untuk ditebus.

RAIANNA
RAIANNA

“Pelanggan digalakkan untuk memuat naik aplikasi Go Shop sama ada menerusi Play Store dan App Store. Pelanggan yang membeli melalui aplikasi Go Shop boleh menikmati lima peratus ‘cashback’ dalam Go Points untuk pembelian seterusnya.

“Lebih menarik, bagi pengguna aplikasi Go Shop, mereka boleh menyertai Spin & Win dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM80,000. Peraduan ini hanya boleh disertai bermula 1 Mei hingga 16 Mei ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Raianna berkata, Go Shop akan mengadakan promosi besar-besaran ‘Raya Countdown Sale’ bermula 23 April hingga 30 April 2021 dengan menawarkan diskaun sehingga 80 peratus melibatkan stok yang terhad untuk masa yang terhad sahaja.

“Saluran-saluran Go Shop akan bersiaran 24 jam sehari dan akan menawarkan pelbagai kategori produk seperti fesyen, perkakasan rumah, peralatan dapur, kecantikan dan produk Islamik dengan harga yang berpatutan menerusi program raya istimewa iaitu Sinar Raya pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi menerusi saluran Go Shop GAAYA (CH120).

Artikel Berkaitan:

“Tidak ketinggalan adalah program Enaknya Raya menerusi saluran Go Shop GAAYA (CH120), setiap Ahad, jam 9 pagi dan Go Shop RUUMA (CH118) setiap Rabu, jam 11 pagi,” katanya.

Empat kod promo yang terdapat dalam Kempen raya Go Shop 2021.
Empat kod promo yang terdapat dalam Kempen raya Go Shop 2021.

Beliau berkata, penonton juga mengikuti RUUMA Raya setiap Isnin, jam 11 pagi dan Chef Wan The Shopping King, setiap Khamis jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (CH118).

Antara produk yang akan ditawarkan ialah Vantage Siti Series 2021, FGWalet Premium Bird Nest & Rock Sugar with Extra Collagen Raya Set dan Aurasia Nordik Series.

Pelanggan juga membeli secara online menerusi www.goshop.com.my atau memuat turun aplikasi Go Shop daripada Google Play dan App Store.

Tonton Go Shop di saluran Astro CH111, Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) dan CH120 di MYTV. https://bit.ly/3swC8VQ