X

Kindly register in order to view this article
!

Buruh binaan diberkas curi barang rumah

A
A

SUBANG JAYA - Polis memberkas tiga warga Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam kes curi barang rumah di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu selepas mendapati barangan di dalam rumahnya yang sedang diubah suai di SS12 Subang Jaya hilang pada 9 April.

Menurutnya, kerugian dialami mangsa dianggarkan berjumlah RM15,000.

"Bertindak hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah menahan tiga lelaki Indonesia di Bandar Baru Sungai Buloh pada Khamis.

"Serbuan ini turut bertindak merampas barangan yang dilaporkan hilang oleh pengadu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua suspek terbabit adalah bekerja sebagai buruh binaan.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun kini direman sehingga 29 April untuk tindakan lanjut.

"Semakan juga sedang dibuat dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk kesahihan dokumen perjalanan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!