Pengasingan sukan antara kaum tidak selari dengan RIMUP

Surat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Surat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengasingan aktiviti kokurikulum dan sukan berasaskan kaum tidak sepatutnya berlaku kerana tidak selari dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dilaksanakan kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu adalah tidak kena pada masanya.

Menurutnya, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara sudah merdeka lebih 60 tahun.

“Bagi saya, negara kita sudah mencapai tahap tiada pengasingan permainan dan sukan berdasarkan kaum. Kalau dahulu badminton atau bola sepak, saya tak nampak sama ada dominasi sesuatu sukan dipilih berteraskan kaum.

“Sudah ada program RIMUP di sekolah, yang intipatinya rancangan integrasi kokurikulum dan sukan melibatkan pelbagai kaum. Jadi, saya tak nampak kenapa perlunya pengasingan berasaskan kaum,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA Johor, di sini pada Ahad.

Jelas Ka Siong, kekangan peralatan atau tempat tidak harus dijadikan alasan untuk melakukan pengasingan dalam kalangan pelajar.

Tambahnya, walaupun kes berkenaan adalah kes terpencil, tapi ia telah memberikan kesedaran kepada masyarakat apa yang hendak direncanakan sepatutnya lebih kepada perspektif rakyat.

Sebelum ini, tular di media sosial satu surat yang dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Artikel Berkaitan:

Ia mengundang pelbagai reaksi termasuk beberapa pemimpin yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang meletakkan syarat kaum terhadap jenis sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.