Kerajaan teliti peraturan, agensi kawal selia p-hailing

Ka Siong ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA Johor di Johor Bahru pada Ahad.
Ka Siong ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA Johor di Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi melihat kembali peraturan dan pihak yang perlu mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu dibuat bagi melindungi hak dan nasib penunggang penghantar makanan p-hailing.

“Kita sedang lihat bagaimana cara kita nak buat peraturan untuk melindungi mereka supaya tidak ditindas dan dianiaya. Golongan ini bertungkus-lumus menghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

“Kementerian menjangkakan terdapat kira-kira 100,000 penunggang penghantar makanan p-hailing di negara ini. Jadi, perlu ada satu dasar khas untuk p-hailing seperti e-hailing.

"Sudah sampai masanya kita buat satu peraturan dan menetapkan siapa pengawal selia dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA Johor di Taman Kebun Teh di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia meminta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah dihadapi penunggang p-hailing terutama berkaitan sistem bekerja, prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan kadar upah diberikan.

Artikel Berkaitan: