Tular pekerja diherdik, dipukul pelanggan tak pakai pelitup muka

Tangkap layar ciapan Twitter @masbukti pada Ahad.
Tangkap layar ciapan Twitter @masbukti pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai menjual barang keperluan harian diherdik, ditolak dan dipukul oleh seorang pelanggan yang tidak memakai pelitup muka.

Menerusi video berdurasi 36 saat yang disiarkan di Twitter @masbukti pada Ahad, pekerja berkenaan yang berbaju merah diperlakukan sedemikian oleh seorang pelanggan berbaju putih dan berserban dipercayai selepas pekerja terbabit meminta pelanggannya itu memakai pelitup muka.

“Aiya suruh pakai mask (pelitup muka) dipukul pula kita,” kata keterangan video di Twitter @masbukti.

Sehingga berita ini ditulis, video yang disiarkan di Twitter berkenaan ditonton 27,800 tontonan, 1,602 ulang ciap dan 905 tanda suka.

Seorang pengguna Twitter @darren04451671 turut memberikan komen mengenai video berkenaan yang mahukan kemas kini seperti apakah tindakan yang dikenakan terhadap lelaki berbaju putih berkenaan.

“Adakah sekadar amaran lisan sahaja atau bagaimana? Sebab ada kes pembuli jalan raya yang pukul orang sampai cedera tapi bila mangsa lapor polis, polis beritahu hanya boleh bagi amaran lisan sebab orang itu tidak pegang senjata,” katanya.

Pengguna Twitter @RosmanPositivo pula berkata, “Geram tengok video ini tapi sejuk hati sikit tengok cara dan kesabaran staf itu, semoga yang baik-baik sahaja untuk beliau,” katanya.

Artikel Berkaitan: