Turki tahan lebih 30 pendatang berhampiran sempadan Bulgaria

Kebanyakan pendatang yang ditahan dalam operasi di Kirklareli adalah wanita dan kanak-kanak.
A
A

ANKARA - TURKI. Sekurang-kurangnya 33 pendatang haram ditahan di barat laut Turki, kata sumber keselamatan semalam.

Agensi penguatkuasaan tempatan melancarkan operasi menahan kesemua pendatang terbabit selepas mendapat maklumat kehadiran mereka di wilayah Kirklareli, berhampiran sempadan Bulgaria.

Kesemua pendatang terbabit berpecah kepada lima kumpulan dan ditangkap secara berasingan.

Mereka terdiri daripada pendatang warga Afghanistan, Iraq, Iran dan Pakistan dan sedang bersiap sedia untuk melakukan pelayaran haram ke Eropah.

"Kesemua pendatang terbabit telah diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia