X

Kindly register in order to view this article
!

Ganggu jemaah surau, lapan mat rempit dipaksa tolak motosikal

Lapan mat rempit yang dipaksa menolak motosikal sehingga lebih empat kilometer dalam operasi di Kemaman pada malam Sabtu.Gambar kecil: Hanyan Ramlan. - Foto ihsan IPD Kemaman
A
A

KEMAMAN - Padah merempit sehingga mengganggu jemaah di surau berhampiran menunaikan solat tarawih, lapan penunggang motosikal ditahan dalam satu operasi pada malam Sabtu.

Mereka bukan saja ditahan, malah dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh lebih empat kilometer hingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut.

Kesemua berusia 15 hingga 21 tahun itu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Surau Kampung Jaya, Jalan Batu 2 1/2 Mak Chili di sini ketika sedang seronok merempit dalam satu kumpulan membabitkan 10 hingga 15 individu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota polis, kesemua mereka cuba melarikan diri tanpa memikirkan keselamatan diri, bagaimanapun lapan daripadanya berjaya dihalang.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan operasi bermula jam 9 sehingga 11 malam dengan kekuatan dua pegawai dan 26 anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kemaman berikutan aduan awam.

"Kita menerima banyak aduan dan rungutan berkaitan mat-mat motor yang menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat untuk berlumba dan membuat bising terutama pada waktu jemaah sedang menunaikan solat tarawih.

"Hasil operasi dalam tempoh dua jam itu, sebanyak 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lapan motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas 1969 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 jika disabitkan kesalahan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!