Sultan Selangor berkenan sertai bacaan Yasin, tahlil

Sultan Sharafuddin mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Bacaan Tahlil di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Shah Alam pada Sabtu. - Foto ihsan Selangor Royal Office.
Sultan Sharafuddin mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Bacaan Tahlil di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Shah Alam pada Sabtu. - Foto ihsan Selangor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Sabtu.

Majlis yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di sini turut dihadiri Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin berkenan berbuka puasa bersama jemputan yang hadir di samping menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.

Antara jemputan yang hadir ialah Orang Besar Istana, Ahli Dewan Diraja Selangor, Orang Besar Daerah serta kerabat diraja Selangor.

Artikel Berkaitan: