X

Kindly register in order to view this article
!

2,195 kes positif baharu Covid-19, lapan kematian

Sebanyak 2,195 kes positif baharu Covid-19 dan lapan kematian direkodkan pada Ahad. - Gambar hiasan 123RF
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 2,195 kes positif baharu Covid-19 dan lapan kematian direkodkan pada Ahad, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, 1,427 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih Covid-19 di negara ini sebanyak 353,822 daripada keseluruhan 375,054 kes, manakala keseluruhan angka kematian mencecah 1,378 orang selain jumlah aktif kini ialah 19,854.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (Ahad), 2,185 merupakan penularan kes tempatan manakala 10 lagi adalah kes import,” kata Dr Noor Hisham menerusi akaun Facebook miliknya.

Mengulas lanjut katanya, 219 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan, Sarawak kembali mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 508 kes diikuti Selangor (431) dan Johor (387).

“Kelantan (332), Kuala Lumpur (176), Sabah (112), Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (42), Perak (35), Kedah (30), Terengganu (16), Melaka dan Pahang masing-masing 15 kes, Wilayah Persekutuan Labuan enam kes, manakala Putrajaya serta Perlis masing-masing mencatatkan tiga kes,” katanya.

Sementara itu, lima kluster baharu dikesan membabitkan tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Selat Klang dan Tapak Bina Cahaya Alam di Selangor serta Jalan Perindustrian Satu di Johor.

“Dua lagi kluster komuniti dan kluster sekolah di Sarawak. Masing-masing adalah Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu, Sibu,” katanya.

Beliau berkata, 1,182 kluster telah pun tamat setakat ini termasuk 14 kluster pada Ahad.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!