Penutupan sekolah di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

Pegawal keselamatan Zambri Omar menutup pintu pagar sekolah yang diarah tutup ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan yang berada di tujuh jajahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup sehingga 24 April depan.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 hingga 29 April. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan