Masa depan Minamino di Liverpool samar

 Takumi Minamino
Takumi Minamino
A
A
A

PEMAIN tengah Liverpool yang sedang dipinjamkan ke Southampton, Takumi Minamino mengakui masa depannya bersama The Reds kemungkinan samar dan perlu mencari kelab lain pada musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu kurang diberikan peluang bermain bersama Liverpool sejak berpindah ke kelab itu pada Januari tahun lalu sekali gus menyaksikan dia dipinjamkan ke Southampton pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

"Saya hanya fokus dengan persembahan saya ketika ini dan melihat apa yang saya boleh lakukan sekarang. Saya adalah seorang pemain bola sepak jadi saya tidak tahu di mana saya akan bermain untuk tempoh enam bulan akan datang. Tetapi, saya mahu beraksi di peringkat tertinggi.

"Sudah tentu sukar untuk saya mendapatkan peluang bermain bersama Liverpool tetapi saya tahu cabaran yang saya perlu hadapi terutama ketika baru sahaja berada dalam pasukan ini," katanya.

Liverpool dijangka memanggil semula Minamino untuk saingan liga musim depan, namun kemungkinan besar pemain kelahiran Jepun itu akan terus memanaskan bangku simpanan The Reds.

Dalam pada itu, Minamino turut mengakui keputusannya untuk menyertai Southampton sebagai langkah tepat dan telah meledak dua gol buat pasukan itu.

"Saya rasa menyertai Southampton adalah satu tindakan tepat dan saya kena bekerja keras untuk membantu pasukan ini sehingga penghujung musim.

"Ia suasana berbeza ketika bermain bersama Southampton dan Liverpool. Anda perlu merasainya sendiri untuk memahami perbezaan itu. Sebab itulah saya pilih untuk datang ke sini. Saya dapat rasakan prestasi saya bertambah baik bersama Southampton," katanya.

Artikel Berkaitan: