Lelaki ditahan miliki minyak diesel tanpa permit

KPDNHEP Cawangan Gua Musang menahan seorang lelaki bersama sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak di Kampung Star, Gua Musang pada Sabtu.
KPDNHEP Cawangan Gua Musang menahan seorang lelaki bersama sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak di Kampung Star, Gua Musang pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Gua Musang menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki minyak diesel tanpa permit di sebuah stesen minyak di Kampung Star di sini pada Sabtu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Tuan Mohd Koma Shapii berkata, lelaki berusia 60-an itu ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel.

Menurutnya, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama lima tong minyak diesel dengan anggaran 150 liter bernilai RM322.50 untuk siasatan lanjut.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM50,180," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan juga akan dilakukan terhadap pemilik stesen minyak kerana disyaki bersubahat dalam penjualan minyak bersubsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya.

"Jika disabitkan kesalahan tindakan bawah akta kawalan bekalan 1961 ke atas pembelian bahan petroleum tanpa permit kebenaran pengawal.

"KPDNHEP Cawangan Gua Musang sentiasa memantau aktiviti penjualan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran pengawal bagi memastikan tiada berlaku salahguna terutamanya melibatkan barangan bersubsidi," katanya.

Artikel Berkaitan: