Mintah akhiri badi seri enam perlawanan TFC II

Mintah (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan TFC II ketika menentang JDT II pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu.
Mintah (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan TFC II ketika menentang JDT II pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu.
A
A
A

KEMUNCULAN semula penyerang berbisa Jordan Mintah dalam saingan Liga Premier berjaya membantu Terengganu FC II (TFC II) menamatkan badi seri dalam enam aksi sebelum ini, melalui kemenangan 4-3 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Pengendali TFC II Badrul Afzan Razali berkata, Mintah tidak dapat diturunkan dalam enam perlawanan sebelum ini kerana membantu pasukan ‘abang’ TFC dan ternyata kehadiran penyerang dari Ghana itu telah memberi suntikan motivasi kepada pemain lain.

“Apabila Mintah ada, pemain lain automatik jadi bersemangat. Tetapi saya sentiasa pesan kepada anak buah supaya jangan mengharapkan kepada Mintah seorang,” katanya selepas perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini pada Sabtu.

Pemain import Ghana itu muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-40 dan gol kemenangan pada minit ke-90, selain jaringan Argzim Redzovic (51’) dan Masaki Watanabe (82’) untuk kemenangan kedua skuad Penyu sejak menewaskan skuad Projek FAM-MSN 4-0 dalam aksi pertama 6 Mac lalu.

Mengakui tidak menjangkakan kemenangan tersebut, Badrul berkata, pasukannya mengambil kesempatan untuk beraksi lebih garang pada saat-saat akhir perlawanan setelah menyedari pasukan pelawat seperti sudah hilang semangat ketika situasi terikat 3-3.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT II Rafael Francisco Gil Sanchez berkata meskipun kecewa terpaksa pulang dengan tangan kosong, namun beliau tetap berbangga dengan prestasi pemainnya yang berhempas pulas sehingga ke akhir perlawanan.

“Mereka beraksi cemerlang pada babak pertama dan kedua perlawanan.

Bagaimanapun, mereka melakukan beberapa kesilapan dan kita perlu berusaha untuk memperbaikinya dan akan berusaha memenangi perlawanan seterusnya menentang Kelantan FC, Jumaat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: