X

Kindly register in order to view this article
!

Padah merempit di Jalan Kluang

Antara remaja yang ditahan kerana berlumba dan melakukan aksi berbahaya di jalan raya di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor pada awal pagi Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Padah tujuh remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya di jalan raya apabila ditahan polis dalam operasi berasingan di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor, awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tangkapan pertama Ops Samseng Jalanan kira-kira jam 1.50 pagi telah menahan tiga penunggang motosikal.

Menurutnya, mereka ini dikesan melakukan aksi zig-zag, bersaing sesama sendiri dan aksi menundukkan badan.

"Tangkapan seterusnya pula membabitkan empat penunggang motosikal kerana melakukan aksi wheelie, menundukkan badan, zig-zag serta bersaing sesama sendiri," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu terdiri daripada dua kumpulan yang berbeza.

Katanya, polis telah menyita kesemua motosikal yang digunakan suspek iaitu Yamaha Y15ZR, Yamaha LC135 dan Yamaha Lagenda 115FI.

"Kesemua tangkapan dan sitaan motosikal telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!