X

Kindly register in order to view this article
!

Baru tiga hari berpuasa, dugaan hebat tiba

Nurisah (tengah) bersama anak dan menantunya melihat rumah pusaka berusia lebih 80 tahun musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi Khamis.
A
A

ALOR GAJAH - Sebak dan sayu hati seorang warga emas apabila berdepan dugaan hebat pada bulan Ramadan kerana terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada awal pagi Khamis lalu.

Nurisah Tahir, 79, berkata, rumah pusaka berusia 80 tahun yang menyimpan banyak kenangan dan menjadi saksi kehidupan masa lalu membesarkan anak-anak itu musnah dalam sekelip mata.

Kebakaran tersebut menyebabkan wanita itu kehilangan harta benda termasuk barang kemas serta wang tunai berjumlah RM5,000 yang dirancang untuk digunakan sepanjang Ramadan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri musnah.

“Satu apa pun tak dapat diselamatkan, wang tunai baharu saya keluarkan sebab nak guna untuk Ramadan dan hari raya, namun ALLAH SWT lebih mengetahui segalanya.

Nurisah (dua dari kanan) sedih mengenangkan ujian berat yang menimpa mereka sekeluarga di bulan Ramadan.
Nurisah (dua dari kanan) sedih mengenangkan ujian berat yang menimpa mereka sekeluarga di bulan Ramadan.

“Barang kemas yang saya simpan juga hangus, tak ada apa lagi yang tinggal, malah baju raya anak cucu pun terbakar,” katanya ketika ditemui di tapak kebakaran rumahnya di Jalan Durian Daun Masjid Tanah di sini.

Nurisah yang mempunyai lima orang anak berkata, mereka sekeluarga termasuk seorang cucu yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia lima tahun terselamat dalam kebakaran yang berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.

“Walaupun ketika itu kaki saya sakit disebabkan kencing manis, namun saya kuatkan semangat untuk selamatkan diri dan keluar melalui pintu belakang,” katanya yang turut menghidap tekanan darah tinggi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!