Salahuddin sedia menghadap Sultan Johor

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bersedia untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perkara itu susulan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu didakwa memberi ceramah berbaur politik di sebuah masjid dalam bandaraya ini, Jumaat lalu.

"Saya patuh kepada titah Tuanku dan sedang menunggu arahan rasmi untuk menghadap dan akan menjelaskan semuanya nanti.

"Lepas saya diterima untuk mengadap, baru saya keluar apa-apa kenyataan atau sidang media" katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, akan memberi laporan keseluruhan perkara yang berlaku kepada Sultan terlebih dahulu.

"Saya boleh maklum, dalam video yang dirakam itu pun tiada apa yang diucapkan... tapi tunggulah saya menghadap Tuanku dahulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor mahu Salahuddin mengadap

Salahuddin nafi beri ceramah politik dalam masjid

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sultan Ibrahim mahu individu yang juga Menteri didakwa menyampaikan ceramah dalam sebuah masjid di negeri ini segera menghadapnya.

Tuanku Sultan yang murka terhadap tindakan tersebut turut menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara bersurat.

Sebelum itu, Salahuddin ketika dihubungi menafikan tuduhan tersebut yang mana menjelaskan ucapan yang diberikan ketika di masjid itu adalah tazkirah dan hanya mempunyai pengisian kebaikan.

“Saya tiba di masjid kira-kira jam 1 tengahari untuk Solat Jumaat, ketika 20 minit sebelum azan, saya kemudiannya dijemput oleh Imam untuk memberikan sedikit tazkirah kepada para jemaah.

“Saya hanya bercakap selama 10 minit, dan apa yang paling utama saya sentuh adalah sama-sama melakukan kebaikan,” katanya.