Perkahwinan berkelompok diteruskan tahun depan

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian bantuan yang dilaksanakan tahun ini, dengan peruntukan sebanyak RM32.9 juta pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, ia melibatkan inisiatif pemberian 10 meter padu air percuma kepada golongan B40, skim takaful warga emas, insentif Harapan Johor, program Kad Sihat Johor dan perkahwinan berkelompok.

“Selain daripada inisiatif tersebut, kerajaan negeri turut memberi penekanan untuk melaksanakan inisiatif pemberian baucar RM1,000 kepada pembeli rumah mampu biaya, bantuan khas nelayan, memperluas program pertanian bandar Iskandar Malaysia serta menggalak dan mengupayakan Koperasi Komuniti Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Osman berkata, selain daripada inisiatif-inisiatif tersebut, isu berkaitan kos sara hidup rakyat tetap menjadi keutamaan dalam belanjawan itu dan merentasi enam teras strategik Belanjawan Johor 2019.
Artikel Berkaitan: