X

Kindly register in order to view this article
!

Arteta harap Fulham kekal saingan elit

Mikel Arteta
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memberi jaminan pemain The Gunners akan memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Fulham di Emirates, namun pada masa sama berharap lawan yang berada di zon penyingkiran mampu melakukan sesuatu untuk kekal pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

"Saya banyak kali beraksi menentang Scotty (Scott Parker) sehingga kami saling mengenali dengan baik.

"Saya sangat gembira untuknya dan tugas yang dilakukannya dan saya rasa Fulham kurang bernasib baik dalam beberapa perlawanan musim ini yang boleh meletakkan tugasnya dalam perspektif yang berbeza.

"Tetapi sesiapa yang mengenali Scotty pasti mengetahui tahap profesionalnya dan saya berharap yang terbaik untuknya."

Skuad kendalian Parker tersebut kini berada pada kedudukan ke-18 liga dengan mengumpul 26 mata setelah mengharungi 32 perlawanan hasil lima menang, 11 seri dan 16 kekalahan.

The Cottagers memulakan aksi hujung minggu mereka dengan ketinggalan tujuh mata daripada kelab di kedudukan ke-17, Burnley, tewas kepada Wolves di Craven Cottage pada perlawanan liga terakhir.

Kedua-dua kelab bakal berentap dalam derbi London dengan momentum positif lebih terakhir kepada Arsenal yang bernafsu selepas menumpaskan Slavia Prague dalam aksi Liga Europa pada Khamis.

Pada aksi awal musim Craven Cottage sebelum ini, Arsenal tidak berdepan masalah mengatasi tuan rumah 3-0, namun sejak itu kelab London tersebut bergelut untuk mengekalkan momentum kemenangan pada saingan liga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!