Leeds United kena belajar banyak lagi

Banyak lagi perkara perlu dilakukan Leeds United dalam usaha mencabar kedudukan enam teratas liga.
Banyak lagi perkara perlu dilakukan Leeds United dalam usaha mencabar kedudukan enam teratas liga.
A
A
A

MARCELO Bielsa menegaskan masih banyak lagi perkara perlu dilakukan Leeds United dalam usaha pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut mencabar kedudukan enam teratas liga.

Leeds tampil melakukan kejutan apabila menewaskan pendahulu liga Manchester City 2-1 di Stadium Etihad minggu lalu walaupun bermain pada babak kedua dengan 10 pemain selepas kapten Liam Cooper diperintahkan keluar padang separuh masa pertama.

Lawan The Whites seterusnya menentang Liverpool di Elland Road pada Isnin, namun ketika dinyatakan bahawa anak-anak buahnya mampu memberi momentum positif, Bielsa: "Saya suka melihat Liverpool bermain kerana The Reds sering bermain dengan cara sama.

"Sebenarnya kami sudah dapat melihat impak ketika menentang enam kelab teratas liga yang kami hanya mampu memberi saingan ketika hanya menentang Arsenal.

"Perlawanan menentang Manchester United, kami tidak layak mendapat keputusan lebih baik daripada apa yang kami peroleh. Mungkin margin tidak seharusnya begitu tinggi tetapi mereka masih layak menang sama juga aksi menentang Tottenham.

"Dua perlawanan menentang Chelsea sangat sukar bagi kami terutama yang pertama. Kami layak mencatat keputusan seri menentang Chelsea kami tetapi mereka mendominasi permainan, dan kami tidak layak untuk menang.

"Dua perlawanan menentang City, keputusan seri di laman sendiri adalah adil dan di laman lawan pada separuh pertama mereka lebih baik daripada kami manakala babak kedua kami kekurangan seorang pemain," katanya yang menegaskan Leeds United masih tidak dapat menyaingi enam kelab teratas liga pada masa ini.

Artikel Berkaitan: