Harap parti Melayu Islam disatukan dalam gabungan baharu

Nazir Hussin (dua dari kiri) pada sidang akhbar Iftar Ramadan Ukhwah Islamiyah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Nazir Hussin (dua dari kiri) pada sidang akhbar Iftar Ramadan Ukhwah Islamiyah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin mengimpikan semua parti Islam dan Melayu disatukan dalam gabungan baharu.

Beliau yakin itu adalah dambaan rakyat yang tidak mahu perbezaan ideologi menyebabkan orang Islam berpecah belah yang akhirnya merugikan negara sendiri.

Menurutnya, kepimpinan tertinggi UMNO dan pimpinan parti lain perlu duduk semeja mencari jalan dan kaedah bersesuaian untuk memperkukuh perpaduan Melayu.

"Saya harapkan gabungan baharu, semua parti Melayu Islam perlu duduk bersama dan mencari jalan. Kenapa tak boleh duduk bersama sehingga hari ini. Adakah itu menjadi satu kesalahan?

"Saya rasa UMNO tidak akan mengambil tindakan ke atas saya walaupun saya jumpa semua parti. Jadi kenapa peringkat tertinggi tak melakukan perkara sama?" katanya pada program Iftar Ramadan Ukhwah Islamiyah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa di sini pada Sabtu.

Program berlangsung di Hotel Tamu Kampung Baru itu turut mengundang pimpinan Pemuda Pas serta parti-parti lain termasuk Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazir Hussin (dua dari kiri) ketika hadir program Iftar Ramadan Ukhwah Islamiyah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Nazir Hussin (dua dari kiri) ketika hadir program Iftar Ramadan Ukhwah Islamiyah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ditanya adakah gabungan baharu itu bermaksud Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan melibatkan pertembungan antara kaum, beliau bagaimanapun menolak andaian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, UMNO dalam perlembagaannya mendokong Islam dan meraikan kaum-kaum lain secara adil dan saksama.

"Terbukti selama UMNO memerintah, negara tidak mempunyai masalah yang teruk dari segi perkauman.

"Jadi kita tak mahu apa yang berlaku seperti kerajaan sebelum ini. Kita dapat lihat ketegangan itu lebih memuncak. Jadi sekiranya UMNO dan parti Islam memerintah, Insya-ALLAH semuanya akan selamat," katanya.

Tambah beliau, menerusi gabungan tersebut, beliau meluahkan kesediaan memberi laluan kepada parti lain bertanding kerusi Parlimen Titiwangsa sekiranya keputusan itu diputuskan oleh kepimpinan parti.

"Di peringkat saya sebagai Pemuda UMNO, kita tiada pilihan selain wala (setia) kepada pimpinan. Kita kena hormat institusi. Jika pimpinan kata kena korban, maka kena ikut. Apa yang penting ikut kepentingan parti," katanya.