X

Kindly register in order to view this article
!

Segregasi kaum tidak wajar dalam sukan

Yuslaini Azmi
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memandang serius isu pengasingan pelajar mengikut kaum dalam aktiviti kokurikulum seperti yang berlaku di sebuah sekolah di Johor.

Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Yuslaini Azmi berkata, isu tersebut sepatutnya memberi satu 'wake up call' kepada menteri berkenaan bahawa isu perkauman tidak wajar dimainkan dalam bidang sukan.

“Bidang sukan tidak sepatutnya menjadi milik kaum tertentu kerana sukan itu sendiri adalah satu wadah penyatuan negara. Jika hal ini berlaku, saya khuatir akan wujud monopoli kaum dalam sukan tertentu walhal sukan sepatutnya milik semua,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Yuslaini berkata, pengetua sekolah juga memberitahu bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk menarik pelajar Melayu menyertai aktiviti sukan di sekolah tersebut.

“Ini bermaksud tidak semua pelajar berminat dalam aktiviti sukan.

“Saya juga difahamkan merit setiap pelajar perlu aktif dalam persatuan pelajar dan sukan bagi menentukan kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pengajian awam atau swasta (IPTA/IPTS) akan datang.

“Namun begitu, alasan memilih sukan tertentu untuk sesetengah kaum akan mewujudkan lompong yang besar dalam membina perpaduan negara,” katanya.

Beliau berharap supaya Kementerian Pendidikan dan KBS dapat menyiasat perkara tersebut serta memikirkan langkah yang terbaik dalam mengatasi masalah berkenaan.

Pada Jumaat, seorang pengguna Twitter berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan surat senarai pendaftaran aktiviti kokurikulum dan sukan bagi pelajar tingkatan satu yang didakwa terbuka kepada satu kaum sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM ambil tindakan sekolah tetapkan kokurikulum ikut kaum

KBS bidas tindakan sekolah tetapkan sukan mengikut kaum


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!