Komitmen ahli Pas di Semenyih lebih 100 peratus

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Calon BN PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi menegaskan komitmen ahli Pas dalam membantu kempen BN di Semenyih melebihi 100 peratus.

Menurutnya, kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Pas tidak menyokong BN di Semenyih dilihat tidak menjejaskan kerjasama UMNO-Pas di kawasan berkenaan.

No Image Caption

Tambah beliau, jentera Pas tetap menjalankan tugas seperti biasa malah perbincangan serta mesyuarat penyelarasan terus berjalan.

“Ahli Pas ada tugas masing-masing, kami tak kacau dan dia (Pas) pun tak kacau kita, masing-masing ada tanggungjawab, masing-masing ada gerak kerja.

“Setakat ini tiada percanggahan kerana kita dah putuskan. Komitmen mereka lebih 100 peratus dalam membantu kami,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program bersama Puteri Umno di Beranang, hari ini.

No Image Caption

Tambah beliau, perjalanan kempen bersama ahli Pas tidak terjejas kerana mereka hadir dalam program dan agenda ditetapkan baik di peringkat bahagian atau negeri.

Artikel Berkaitan:

Ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir itu, Zakaria meminta semua pihak menghormati Dr Mahathir dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan biar mereka sahaja membuat kenyataan.

“Bagi saya Tun Mahathir dan Tuan Guru, itu adalah perjumpaan peribadi, antara kedua belah pihak jadi biarlah dua orang ini yang mengeluarkan kenyataaan.

No Image Caption

“Kalau kita cakap tak adil juga kerana kita sebagai orang luar sahaja. Jadi hormatilah dan keadaan akan menentukannya,” ujarnya.

Sementara itu, Zakaria mendapati golongan muda memberikan respon positif sepanjang pergerakan kempennya di sekitar Semenyih.

“Nampaknya kesedaran golongan muda tentang perkembangan semasa lebih kritis. Dulu lebih pengaruh dan masalah emosional tetapi sekarang golongan muda lebih matang atas perkembangan semasa,” katanya.