X

Kindly register in order to view this article
!

PM digesa kecilkan saiz kabinet

Hantaran Rodziah di Facebook pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengecilkan saiz kabinet dengan mengurangkan bilangan timbalan menteri di beberapa kementerian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, hampir semua kementerian mempunyai dua timbalan menteri sehingga ada antara mereka didakwa ke luar negara untuk bercuti sedangkan rakyat sedang menderita.

"Pelaksanaan darurat yang difokuskan untuk membendung penularan Covid-19 sepatutnya dimanfaatkan oleh Muhyiddin dengan mengurangkan jumlah bilangan menteri dan timbalan menteri yang tidak penting.

"Begitu juga dengan jawatan duta-duta khas juga tidak memberikan impak yang memberangsangkan kepada ekonomi negara," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Beliau mempersoalkan keperluan Muhyiddin mengekalkan saiz kabinet pada musim pandemik Covid-19 ini sedangkan ramai pakar kewangan dan ekonomi berada di sampingnya untuk membantu menguruskan perbelanjaan negara secara berhemah.

Dalam pada itu, Rodziah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor berkata, pengecilan saiz kabinet boleh dimanfaatkan dengan menggunakan gaji serta elaun menteri untuk tujuan kebajikan rakyat.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan bahawa usaha mewakafkan gaji kakitangan kerajaan untuk membantu rakyat adalah amalan yang mulia.

"Tidak dinafikan wakaf adalah suatu amalan yang mulia namun begitu, daripada mencadangkan penjawat awam mewakafkan gaji, lebih elok jika gaji menteri, timbalan menteri, duta bertaraf menteri dan pengerusi syarikat GLC yang jumlahnya tidak munasabah diwakafkan bagi tujuan membantu rakyat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!