Bank Islam bantu imarahkan Masjid Jamek Kampung Baru

Mohd Muazzam (tengah) menyerahkan replika cek kepada Mohd Khay sebagai simbolik penyerahan wang zakat meliputi dana kepada pihak masjid dan agihan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bank Islam Malaysia menyumbangkan sejumlah RM17,530 kepada pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru (MJKB) di sini bagi menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid termasuk program agihan bubur lambuk kepada penduduk sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sebanyak RM12,530 diperuntukkan bagi Program Bubur Lambuk Ramadan 1442H melibatkan agihan sebanyak 3,450 bekas bubur lambuk kepada anggota barisan hadapan Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur (HKL), anggota polis, bomba, tentera dan pengamal media.

Beliau berkata, ia merupakan salah satu inisiatif Bank Islam menerusi program Amal Ihtimam sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

Mohd Muazzam (dua dari kanan) mengacau bubur lambuk sebelum dibungkus untuk diagihkan kepada pasukan barisan hadapan dan pengamal media.
Mohd Muazzam (dua dari kanan) mengacau bubur lambuk sebelum dibungkus untuk diagihkan kepada pasukan barisan hadapan dan pengamal media.

Menurutnya, program tersebut melibatkan kira-kira 30 orang sukarelawan terdiri daripada kakitangan Bank Islam Wilayah Tengah dan Ibu Pejabat untuk memasak dan membungkus bubur lambuk bersama ahli jawatankuasa masjid.

“Selain itu, Bank Islam juga menyalurkan sumbangan wang zakat sebanyak RM5,000 kepada pihak masjid. Kita melihat MJKB sangat aktif dalam mengimarahkan masjid dengan mengedarkan bubur lambuk dan membantu masyarakat setempat sejak beberapa tahun lalu.

“Walaupun ini merupakan kali pertama kita bekerjasama dengan mereka, tapi kita tahu apa-apa sumbangan yang disampaikan kepada mereka akan sampai kepada penerima sepatutnya,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam, Mohd Nazri Chik; Ketua Wilayah Tengah Bank Islam, Zameran Jusoh; Penolong Pengurus Am Bank Islam, Bostamam Hassan dan Pengerusi MJKB, Datuk Mohd Khay Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Mohd Muazzam (dua dari kanan) membantu kakitangan Bank Islam dan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada pasukan barisan hadapan dan pengamal media pada Sabtu.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam turut menyampaikan sumbangan wang zakat sebanyak RM6,000 kepada 20 orang asnaf sekitar Kampung Baru di sini yang dipilih oleh pihak MJKB meliputi agihan wang tunai dan serahan bakul makanan.

Ujar beliau, sebanyak RM200 wang tunai serta bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan dapur bernilai RM100 diagihkan kepada asnaf terpilih.

“Pemilihan asnaf tersebut dibuat melalui senarai daripada pihak masjid yang mengenal pasti golongan sasaran untuk dibantu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Muazzam berkata, Bank Islam turut memperuntukkan hampir RM174,000 untuk merancakkan program-program kebajikan sosial bagi manfaat segenap lapisan masyarakat termasuk barisan hadapan serta anggota media.

Mohd Khay (kiri) dan Mohd Muazzam memberikan wang tunai dan bakul makanan kepada asnaf di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mohd Khay (kiri) dan Mohd Muazzam memberikan wang tunai dan bakul makanan kepada asnaf di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ujarnya, antara program yang dijalankan ialah agihan pek juadah berbuka puasa sebanyak 300 pek yang dilaksanakan secara pandu lalu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.