Kes pukul: Polis cari suspek dan mangsa dalam video tular di FB

Video tular di Facebook berhubung kejadian pukul didakwa di Seremban.
Video tular di Facebook berhubung kejadian pukul didakwa di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan semua individu terlibat dalam video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki lain dalam satu kejadian dipercayai di Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah rumah di daerah ini bagaimanapun tarikh, masa dan lokasi sebenar kejadian masih dalam siasatan polis.

"Kita ada menerima laporan polis berhubung video yang tular itu pada Jumaat. Usaha mengesan mangsa dan kesemua suspek tersebut sedang giat dijalankan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, tiga video pendek tular di Facebook memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki lain dengan menggunakan kaki dan tangan dalam sebuah rumah.

Menerusi kapsyen video itu, kejadian didakwa berlaku di Seremban dan rakaman berkenaan mendapat kecaman daripada pengguna Facebook lain.

Artikel Berkaitan: