X

Kindly register in order to view this article
!

2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Malaysia mencatatkan 2,331 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 372,859, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 751 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Menurut Twitter rasmi Dr Noor Hisham, Kelantan pula mencatat 225 kes, Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor(100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42), Pahang (20) dan Melaka (9).

Sejumlah empat kes dicatatkan di Putrajaya manakala Labuan mencatat dua kes, Perlis (satu) dan Terengganu tidak merekodkan sebarang kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, 1,832 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat wabak itu 352,395, manakala lima lagi kematian dicatatkan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini pada angka 19,094 manakala 225 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 92 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, lapan kluster baharu dikenal pasti melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster sekolah atau institut pendidikan di Ulu Balingian dan Jalan Disa, Sarawak manakala satu kluster komuniti di Seri Kuantan, Pahang.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Ding Lik Kwong, Sarawak; Jalan Wawasan Lima, Johor manakala di Sabah pula ialah Jalan Damai Tawau dan Bukit Quoin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!