Hanya SK Bukit Setongkol ditutup

Gambar kiri: Makluman yang tular mengenai penutupan beberapa sekolah akibat jangkitan Covid-19.
Gambar kanan: Mohamad Noor Yusof Ali
Gambar kiri: Makluman yang tular mengenai penutupan beberapa sekolah akibat jangkitan Covid-19. Gambar kanan: Mohamad Noor Yusof Ali
A
A
A

KUANTAN – Penularan makluman mengenai penutupan beberapa buah sekolah disebabkan jangkitan Covid-19 menerusi aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebaliknya hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol diberikan notis penutupan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan bermula pada Jumaat.

"Tiada sekolah lain terlibat dan pihak PKD Kuantan juga telah mengeluarkan satu notis di sekolah terbabit.

"Jadi, kami akan menjalankan pemantauan di kawasan sekolah itu bagi memastikan pematuhan pada perintah yang telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tular pada Jumaat mengenai makluman beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Asrama SMK Semai Bakti, SMK Cenderawasih, SMK Tok Sera akan ditutup susulan penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu, tersebar satu notis penutupan yang dikeluarkan PKD Kuantan ke atas SK Bukit Setongkol.

Mengulas lanjut berhubung penularan makluman itu, Mohamad Noor meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan makluman tidak sahih sehingga memberi kerunsingan kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan: