Diragut ketika ke kedai runcit

Suzaimi
Suzaimi
A
A
A

TANAH MERAH - Perjalanan seorang wanita ke kedai runcit terbantut selepas diragut dalam kejadian di Batang Merbau di sini kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kehilangan wang dianggarkan bernilai RM 120 dan beberapa dokumen penting.

Wanita itu yang dipercayai meletakkan beg tangannya di depan raga motosikal.

Mangsa dihampiri sebuah lagi motosikal yang dinaiki seorang lelaki yang tiba-tiba menghampiri mangsa dari belakang.

Bagaimanapun mangsa nekad cuba mengejar suspek namun lelaki berkenaan memecut motosikalnya dan berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah,Deputi Superintedan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Suspek masih dikesan dan kita siasat kes terbabit untuk tindakan susulan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan turut meminta masyarakat menyalurkan maklumat kepada balai polis terdekat bagi siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berita terbabit tular dalam sebuah laman sosial Facebook yang turut mendapat komen ramai netizen berhubung kejadian itu.