Empat ditahan gaduh di restoran

Polis menahan empat lelaki untuk siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di Damai Perdana, Batu 9 Cheras, Kajang pada 9 April lalu.
Polis menahan empat lelaki untuk siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di Damai Perdana, Batu 9 Cheras, Kajang pada 9 April lalu.
A
A
A

KAJANG - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana, Batu 9 Cheras di sini pada 9 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua tangkapan berusia 19 hingga 28 tahun akan direman untuk tindakan lanjut.

"Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, seorang mangsa berusia 27 tahun telah cedera dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

"Mangsa telah dibenarkan pulang selepas keadaannya stabil," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730," katanya.

Artikel Berkaitan: