Hanya satu langganan dua e-paper!

No Image Caption
A
A
A

“SURATKHABAR lama... suratkhabar lama... Siapa ada beli suratkhabar lama!”

Masihkah anda ingat teriakan berulang kali suara Apek berbangsa Cina yang memandu lori atau van mengelilingi kawasan perumahan kerana hendak membeli suratkhabar lama?

Teriakan berulang kali itu sudah lama lenyap malah langsung tidak kedengaran.

Semuanya gara-gara kewujudan teknologi semasa dan trend penggunaan telefon mudah alih yang terus rancak, mengubah gaya hidup masyarakat yang lebih gemar memilih sumber bacaan digital menggunakan alat peranti mudah alih.

Terus merancakkan lagi trend gaya hidup itu, Sinar Harian bergabung bersama akhbar bahasa Inggeris terkemuka, The Star menawarkan Pakej Kombo E-paper istimewa untuk pembaca dwi-bahasa.

Menariknya, kolaboratif pakej dua replika suratkhabar digital ini ditawarkan pada kadar harga rendah dengan memberikan nilai yang lebih hebat buat pembaca.

Langganan Pakej Kombo hanya pada harga RM199 untuk bacaan selama setahun, pelanggan boleh mengakses e-Paper Sinar Harian dan e-Paper The Star daripada peranti mudah alih secara berasingan pada satu masa.

Lebih fleksibel tanpa perlu bersusah payah, berita-berita daripada e-Paper ini boleh dibaca pada bila-bila masa dan di mana saja, mengikut keselesaan pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Kelebihan langganan Pakej Kombo

Menerusi satu langganan Pakej Kombo e-Paper Sinar Harian dan e-Paper The Star ini, pelanggan berpeluang menerima banyak manfaatnya, iaitu:-

1) Peluang membaca dua e-paper pada waktu yang sama menerusi alat peranti berasingan, tanpa sebarang kos tambahan.

2) Pelanggan boleh membaca akhbar digital ini seawal 6 pagi, setiap hari selama setahun.

3) Mengakses dua e-Paper ini menggunakan komputer, tablet dan juga telefon pintar, sekali gus mengurangkan penggunaan kertas di rumah dan pejabat.

4) Pelanggan E-paper ini layak mendapat pengecualian cukai yang telah diperuntukkan sehingga RM3,000 untuk kategori Gaya Hidup seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pengumuman Belanjawan 2021, November lalu.