Tawaran jaminan bon Jepun tanda keyakinan terhadap PM

Lim Guan Eng- Foto Bernama
Lim Guan Eng- Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - "Tawaran kerajaan Jepun untuk menjamin sehingga 200 bilion yen (kira-kira RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon samurai bertempoh 10 tahun merupakan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Penerbitan ini akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65 peratus dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.

‘’Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Jepun kerana sudi menawarkan jaminan ke atas penerbitan bon samurai,’’ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Malaysia baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir yang dinamik dan berwawasan telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan dunia.

‘’Di Malaysia terdapat satu keyakinan bahawa kita akan mengatasi segala cabaran ekonomi serta mencorak masa depan yang baharu,’’ katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, walaupun negara menghadapi cabaran fiskal, sektor kewangan masih sihat dan sektor monetari kekal stabil.

Pertumbuhan ekonomi mampan pula harus diteruskan demi menjamin kesejahteraan ekonomi, malah penjanaan hasil yang lebih tinggi akan membantu menangani kedudukan kewangan awam, tambahnya. – Bernama