Rasuah belum jadi wabak

No Image Caption
A
A
A

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki kata, keadaan rasuah di Malaysia memang membimbangkan. Tapi katanya belum sampai tahap 'wabak' atau 'pandemik' lagi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang banyaknya kes tangkapan akhir-akhir ini. Beliau berpendapat bahawa kesedaran rakyat menyebabkan banyak terbongkarnya kes-kes rasuah masa ini.

Beliau nampak sesuatu yang positif dalam hal ini. Rakyat banyak membantu mendedahkan keadaan rasuah, begitu juga media sosial dan peranan media dalam soal ini.

Beliau juga ditanyakan sama ada berlaku campur tangan politik dalam beliau menjalankan tugasnya.

Awang setuju rakyat boleh buat perubahan. Macam gerakan Rasuah Busters yang dimulakan akhbar ini.

Awang percaya ‘people’s power’ ini akan jadi suara yang lantang untuk memerangi rasuah.

Tapi Awang sedih juga oleh sebab ada parti politik tertentu yang mahu ‘definisi’ baharu rasuah. Agaknya pimpinan mereka takut ada perbuatan yang sebenarnya salah tapi cuba dilindungi.

Oleh itu, Awang harap semua parti politik akan sokongan gerakan rakyat ini. Rasuah tetap rasuah.

Artikel Berkaitan:

Pada waktu yang sama, kita kena betulkan sikap terhadap rasuah. Rasuah itu jijik. Perasuah − baik yang memberi atau menerima – bukan wira. Mereka musuh rakyat. Jangan pula oleh sebab mereka Melayu dan Islam, kita tutup sebelah mata. Orang Melayu dan Islam yang rasuah sepatutnya dipandang lebih jijik, oleh sebab mereka malukan bangsa dan agama.