Israel lancar serangan di Gaza

Gambar fail menunjukkan tentera Israel memusnahkan bangunan pergerakan Hamas di Gaza. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan tentera Israel memusnahkan bangunan pergerakan Hamas di Gaza. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Tentera Israel berkata pihaknya pada Jumaat melancarkan serangan udara ke atas sasaran ketenteraan di Genting Gaza selepas berlakunya serangan roket dari arah Palestin.

Jet-jet pejuang dan helikopter rejim Zionis melancarkan serangan ke atas lokasi pengeluaran senjata, terowong menyeludup senjata api serta sebuah pos ketenteraan yang dikendalikan oleh pergerakan Hamas.

Kenyataan mengenai serangan tersebut masing-masing dikeluarkan oleh sebuah parti Islam di Gaza dan Pasukan Pertahanan Israel.

"Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang serangan ke atas orang awam Israel," kata pasukan pertahanan rejim Zionis tersebut.

Penduduk Yahudi di bandar Sderot, selatan Israel menyelamatkan diri apabila sebuah roket dilancarkan dari Gaza.

Roket itu mendarat di sebuah kawasan terbuka dan tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan, menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Shaar Hanegev.

Sebelum ini Israel melaksanakan sekatan di kawasan maritim dan sempadan Gaza selepas Hamas menguasai pentadbiran di wilayah tersebut pada tahun 2007.

Hamas dan Israel saling berperang sebanyak tiga kali.

Artikel Berkaitan:

Seramai dua juta penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan selepas Israel melakukan kepungan ke atas Gaza. - Agensi