Meninggal dunia ketika cari siput

Anggota bomba mengusung mangsa keluar dari kawasan paya bakau Kampung Air Tawar Baru, di sini, petang Jumaat.
Anggota bomba mengusung mangsa keluar dari kawasan paya bakau Kampung Air Tawar Baru, di sini, petang Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Hasrat dua rakan untuk mencari siput tidak kesampaian setelah seorang daripada mereka meninggal dunia di paya bakau Kampung Air Tawar Baru, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, bomba menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 1.41 petang daripada seorang lelaki berusia 26 tahun ketika mencari siput.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Faisal Fuad berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa dipercayai masuk ke kawasan itu untuk mencari siput kira- kira jam 7 pagi.

"Bagaimanapun kira- kira jam 12 tengah hari rakannya itu keluar untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Jelasnya, operasi mencari mangsa kemudian dilakukan bersama pihak polis sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan jenazah telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan: