Speedy Tigers tiada masalah berlatih

Pemain negara giat menjalani latihan menjelang siri aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula Sabtu hingga 24 April ini. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Pemain negara giat menjalani latihan menjelang siri aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula Sabtu hingga 24 April ini. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

IBADAH puasa pada bulan Ramadan bukanlah penghalang bagi pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk kekal bersemangat menjalani latihan menjelang siri aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula Sabtu hingga 24 April ini.

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Arul Selvaraj yang pertama kali mengendalikan latihan pada bulan puasa sejak dilantik Ogos tahun lepas, teruja dengan suasana positif dan mood ceria ditunjukkan barisan 22 pemainnya dalam sesi latihan pertama pada malam Khamis.

"Bagus, saya nampak semua gembira. Sesi latihan pertama kami tumpukan kepada teknik bertahan dalam pukulan sudut penalti dan esok pula (hari ini) lebih kepada build up play dan konsep permainan untuk perlawanan persahabatan nanti,” katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Jumaat.

Arul berkata, beliau akan tetap meneruskan sesi latihan yang dijalankan pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan ini walaupun selepas berakhirnya aksi persahabatan nanti.

Skuad Speedy Tigers dijangka beraksi dalam aksi tiga penjuru menentang Great Britain dan Jepun pada siri perlawanan persahabatan berkenaan.

Seramai 22 pemain yang terdiri daripada 10 pemain Tenaga Nasional Berhad (TNB), tujuh pemain UniKL, tiga pemain Maybank dan dua pemain mewakili Terengganu Hockey Team (THT) membawa cabaran negara kali ini.

Artikel Berkaitan: