Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan rendah 20 mata asas berbanding dolar AS berikutan sentimen yang dipengaruhi peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan rendah 20 mata asas berbanding dolar AS berikutan sentimen yang dipengaruhi peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
A
A
A

RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan rendah 20 mata asas berbanding dolar AS berikutan sentimen yang dipengaruhi peningkatan kes Covid-19 di negara ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan rendah kepada 4.1250/1290 berbanding dolar AS daripada 4.1230/1260 sewaktu ditutup pada Khamis.

Kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat dengan mencatatkan 2,551 kes baharu pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, jumlah kes Covid-19 tempatan boleh menjadi kebimbangan berikutan ia akan mengehadkan prospek pertumbuhan dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, harga minyak yang stabil mengehadkan penyusutan (ringgit) sewaktu ditutup,” katanya kepada Bernama.

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent adalah AS$67.22 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0929/0964 daripada 3.0893/0923 pada Khamis dan berkurangan berbanding euro kepada 4.9405/9465 daripada 4.9381/9434 semalam.

Artikel Berkaitan:

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6834/6898 daripada 5.6860/6906 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7903/7943 daripada 3.7906/7937 sebelum ini. - Bernama