Isu balak: Kerajaan Negeri Sembilan serah pada SPRM

Laporan Sinar Harian berkenaan desakan Ketua Pemuda Seremban supaya kerajaan menghentikan projek kayu balak.
Laporan Sinar Harian berkenaan desakan Ketua Pemuda Seremban supaya kerajaan menghentikan projek kayu balak.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng yang didakwa tidak mengikut prosedur kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya tidak berkompromi dalam hal itu dan akan memberi bekerjasama kepada SPRM.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek tersebut telah melalui proses perolehan tender yang telus serta teratur.

"Sehingga kini kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin kerajaan Negeri Sembilan menghentikan segera projek pengeluaran kayu balak seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng berikutan statusnya yang kini didakwa masih dalam siasatan SPRM.

Beliau berkata, berlaku sesuatu yang meragukan apabila projek yang statusnya dalam siasatan tetapi masih boleh dilaksanakan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Negeri Sembilan didesak henti segera projek kayu balak

Artikel Berkaitan: