Terengganu Inc agih 3,000 bekas bubur lambuk

Terengganu Inc mengagihkan 3,000 bekas bubur lambuk percuma kepada orang ramai selama tiga hari di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Terengganu Inc mengagihkan 3,000 bekas bubur lambuk percuma kepada orang ramai selama tiga hari di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kumpulan Terengganu Inc meneruskan amalan tradisi syarikat itu setiap kali Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Abidin, di sini.

Pada tahun ini, sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk diagihkan selama tiga hari bermula 13 April lalu dan program dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, program agihan bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan Terengganu Inc dan anak-anak syarikat kumpulan bersama komuniti masjid dan sekitarnya.

“Kami harap, usaha ini dapat membantu mereka yang tiada juadah atau tidak berkesempatan menyediakan makanan berbuka puasa menikmati keenakan bubur lambuk Terengganu.

"Semoga usaha ini mengekalkan tradisi pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan masjid, sekaligus dapat mengekalkan jalinan kerjasama antara kumpulan Terengganu Inc sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin, Datuk Dr Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi dan Pengurusan Terengganu Inc.

Bubur lambuk merupakan makanan tradisi Terengganu yang biasanya disediakan ketika Ramadan sebagai juadah berbuka puasa.

Antara bahan asas yang digunakan bagi menghasilkan juadah itu ialah beras, pucuk midin, pucuk paku, ikan, ubi keledek, lada hitam dan rempah ratus.

Artikel Berkaitan: