X

Kindly register in order to view this article
!

Budak 9 tahun ditemukan mati tergantung

A
A

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di daerah ini pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi kejadian.

“Bilik gerakan IPD Kulai telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan kanak-kanak perempuan berkenaan tidak sedarkan diri di rumahnya.

“Apabila polis sampai, kita dapati mangsa telah diturunkan oleh keluarganya dari tempat asal, iaitu tempat mangsa ditemui tergantung dengan kain pelikat.

“Kira-kira jam 4.45 petang, pihak hospital tiba dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan, didapati tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui ke atas mangsa dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian ialah ‘hanging’.

Katanya, motif kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).