Kes puasa: Masyarakat usah ambil tindakan sendiri

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri dan mengeruhkan lagi keadaan susulan dua pengawal peribadi dipukul majikannya kerana berpuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini ekoran pihaknya mengesan beberapa video klip yang dimuat naik daripada pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek terbabit.

"Turut dikesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang.

"Kenyataan sebegini boleh mengeruhkan lagi keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman

Arjunaidi berkata, seramai lima individu telah ditangkap melalui beberapa siri tangkapan dengan empat daripadanya telah ditahan di Klang, Selangor sementara seorang lagi di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman antara lima hingga tujuh hari.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Polis menggesa dan menasihatkan masyarakat di luar sana agar tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri dan mengeruhkan keadaan," katanya.