X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga rugi RM150,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

Ahmad Adnan
A
A

BAGAN DATUK- Seorang peniaga mengalami kerugian RM154,477 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud melalui laman web.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 28 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan wang sebanyak 10 peratus selepas menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp.

"Suspek dipercayai seorang wanita telah memberi pautan laman web dan mengajak untuk membuat pelaburan dengan membuat pendaftaran.

"Mangsa mula melabur sejak 29 Mac lalu dengan memindahkan wang sebanyak RM500 ke dalam sebuah akaun bank dan selepas 20 minit, mangsa mendapat kembali wang sebanyak RM550 dalam akaunnya," katanya.

Menurutnya, mangsa sekali lagi melakukan transaksi melibatkan wang sebanyak RM5,000 pada keesokan hari dan mendapat pulangan wang sebanyak RM5,532.

"Yakin dengan pelaburan itu, mangsa telah melakukan lebih 14 transaksi melibatkan keseluruhan lebih RM114,000 bermula 31 Mac hingga 2 April lalu.

"Apabila akaun laman web mangsa melebihi RM100,000, mangsa kononnya dikenakan cukai untuk mengeluarkan wang terbabit dan mangsa sekali memasukkan lagi wang sebanyak RM40,100 ke dalam akaun milik suspek.

"Suspek berterusan memujuk memasukkan wang sejumlah RM4,577 untuk menambah lagi keuntungan," katanya.

Ahmad Adnan berkata, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi suspek sebelum membuat laporan polis pada Khamis.

"Selepas menerima laporan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada pelaburan saham yang tidak berdaftar dengan Bank Negara bagi mengelakkan penipuan dan kerugian," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!