Jamin M-WEZ tidak jejas penduduk

Sulaiman Md Ali
Sulaiman Md Ali
A
A
A

MELAKA - Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) tidak akan menjejaskan penduduk setempat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, projek koridor ekonomi baharu itu telah melalui beberapa fasa kajian termasuk kajian Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA) bagi mengelakkan kesan negattif terhadap ekosistem setempat.

Menurutnya, pembangunan kawasan seluas 10,000 hektar di bahagian barat negeri ini tidak akan menjejaskan penduduk tempatan terutama di Kampung Portugis.

"Kerajaan negeri mengambil kira semua aspek kajian dan pembangunan yang dilaksanakan itu tidak akan meninggalkan kesan tidak baik.

"Pembangunan yang dirancang ini bertujuan memperkasa sosio ekonomi generasi akan datang di samping ada penambahbaikan," katanya ketika sidang akhbar program promosi 'Jom Tengok Bola' di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat.

Sulaiman (dua dari kanan) melihat motosikal Honda RS150 yang akan dibawa balik penonton bertuah ketika sidang akhbar program promosi 'Jom Tengok Bola' di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Jumaat.
Sulaiman (dua dari kanan) melihat motosikal Honda RS150 yang akan dibawa balik penonton bertuah ketika sidang akhbar program promosi 'Jom Tengok Bola' di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), berkata, orang ramai berpeluang memenangi sebuah motosikal jenis Honda RS150 dengan menyaksikan perlawanan Melaka United FC menentang Selangor FC di Stadium Hang Jebat, Ahad ini.

Menurutnya, setiap tiket kemasukan dijual menerusi platform atas talian pada harga RM20 bagi tempat duduk berbumbung, manakala RM15 bagi tempat duduk terbuka.

Artikel Berkaitan:

"Pada malam itu seramai 4,000 penonton dibenarkan masuk ke stadium dan kita berharap orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19," katanya.